2018-12-16

Sajak-Sajak Underground: Derhaka

DERHAKA

Kalau itu kau mahu
Akan aku berikan peluru
Semoga tembus
Dari otak ke jantungmu

Setelah kau rentap
Harapan dan siuman
Aku rela derhaka
Melawan hingga mati

Biar aku dalang
Dalam segala perang
Biar aku jalang
Dan bukannya pejuang
Kerana setiap petualang
Mesti ditendang
Ditentang...

Terlalu lama
Dosa keji bertakhta
Demi dunia syurga
Aku rela derhaka

Tekad! Aku derhaka

Han, JB, 12/18