GULING
Kuasa veto disalahguna
Manifesto semakin sia-sia
Politikus tikus-tikus haprak
Cakap-cakap berkurap
Bagai anjing yang menyalak
Serigala bersorak
Banjingan!
Korupsi menular di urat darah
Opresi merebak seperti barah
Maharaja disanggah sana
Negara ini mangsa perkosa
Bangsa dibangsat
Celaka rakus menjilat
Sampaikan berkilat
Guling!
bangun, berdiri dan
Guling!
Ganyang khianat sehingga rebah
Cincang lumat demi merubah
Membujur lalu melintang patah
Pantang berpaling tadah
Pantang menyerah
Guling!
Han, JB, 12/18
2018-12-23
2018-12-22
PERANG DUNIA TERAKHIR
Zine mini berkonsepkan puisi-puisi perlawanan yang menghimpunkan 8 sajak dari aku (Han Trashnoiser) dan 8 sajak dari brader Pyan Nathias (Sufian Mohamed Salleh). Berikut senarai sajak dari aku yang terkandung dalam zine Perang Dunia Terkakhir ni:
1. Kita Orang-Orang Kecil
2. Tentang Pertentangan
3. Berontak Berantakan
4. Hancing
5. Kota Destruksi
6. Tergantung Mati
7. Derhaka
2018-12-17
Sajak-Sajak Underground: Terrrmereput
TERRRMEREPUT
Konon!
konon konon!
crust punk acah meletup
hakikatnya mereput
Kebabian apakah?
kau berkata kudus
kudus menjadi kudis
kau bercakap suci
suci menjadi kurap
adab kau biadap.
Hei Lahanat!
...fasis yang baik adalah
FASIS YANG MATI.
Sila berambus!
Pergilah mampus!
pupus, lupus, terhapus
reput terkambus
selamanya.
Han, JB, 12/18
Konon!
konon konon!
crust punk acah meletup
hakikatnya mereput
Kebabian apakah?
kau berkata kudus
kudus menjadi kudis
kau bercakap suci
suci menjadi kurap
adab kau biadap.
Hei Lahanat!
...fasis yang baik adalah
FASIS YANG MATI.
Sila berambus!
Pergilah mampus!
pupus, lupus, terhapus
reput terkambus
selamanya.
Han, JB, 12/18
2018-12-16
Sajak-Sajak Underground: Derhaka
DERHAKA
Kalau itu kau mahu
Akan aku berikan peluru
Semoga tembus
Dari otak ke jantungmu
Setelah kau rentap
Harapan dan siuman
Aku rela derhaka
Melawan hingga mati
Biar aku dalang
Dalam segala perang
Biar aku jalang
Dan bukannya pejuang
Kerana setiap petualang
Mesti ditendang
Ditentang...
Terlalu lama
Dosa keji bertakhta
Demi dunia syurga
Aku rela derhaka
Tekad! Aku derhaka
Han, JB, 12/18
Kalau itu kau mahu
Akan aku berikan peluru
Semoga tembus
Dari otak ke jantungmu
Setelah kau rentap
Harapan dan siuman
Aku rela derhaka
Melawan hingga mati
Biar aku dalang
Dalam segala perang
Biar aku jalang
Dan bukannya pejuang
Kerana setiap petualang
Mesti ditendang
Ditentang...
Terlalu lama
Dosa keji bertakhta
Demi dunia syurga
Aku rela derhaka
Tekad! Aku derhaka
Han, JB, 12/18
2018-12-02
Sajak-Sajak Underground: Tergantung Mati
TERGANTUNG MATI
Ini bukan satu pilihan
Hanya ini penyelesaian
Langkah ini nestapa
Antara rimbunan gelita
Lorong nan bungkam
Suram jauh ke dalam
Ini bukan satu pilihan
Hanya ini penyelesaian
Hanyalah ini
Rimba ini menyatu
Bersama derita ragaku
Tergantung mati
Alam pilu meratapi
Ini bukan satu pilihan
Hanya ini penyelesaian
Hanya di sini
Di rimba kejauhan ini
Han, JB, 12/18
Ini bukan satu pilihan
Hanya ini penyelesaian
Langkah ini nestapa
Antara rimbunan gelita
Lorong nan bungkam
Suram jauh ke dalam
Ini bukan satu pilihan
Hanya ini penyelesaian
Hanyalah ini
Rimba ini menyatu
Bersama derita ragaku
Tergantung mati
Alam pilu meratapi
Ini bukan satu pilihan
Hanya ini penyelesaian
Hanya di sini
Di rimba kejauhan ini
Han, JB, 12/18
Langgan:
Catatan (Atom)